Salam, post kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Database Administrator aka DBA.
Sebab utama saya bercerita tentang DBA adalah kerana ingin berkongsi ilmu da pendapat tentang tugas2 DBA yang orang kadang-kadang takut mendengarnya.
Baik, pertama sekali apa tanggungjawab DBA? Tanggungjawab utama DBA adalah pemasangan, konfigurasi, menaik taraf, pentadbiran, pemantauan dan penyelenggaraan pangkalan data fizikal. DBA juga bertanggungjawab tentang pembangunan dan reka bentuk strategi pangkalan data, memantau dan meningkatkan prestasi dan keupayaan pangkalan data, dan merancang untuk keperluan pengembangan masa depan.
DBA juga mempunyai kemahiran yang khusus seperti kemahiran teknikal, kemahiran am dan juga kemahiran berdasarkan sijil berkaitan.
Contoh kemahiran teknikal adalah seperti, seseorang DBA itu berpengetahuan luas dalam Structured Query Language (SQL). SQL sangat penting untuk sebuah pangkalan data itu berjalan dengan lancar. Seorang DBA itu juga perlu berfikiran kreatif untuk mereka bentuk struktur pangkalan data. Pengkalan data yang tersusun mampu melajukan perjalan proses penyimpan data didalam pangkalan data. DBA juga perlu berpengetahuan luas tentang OS di bahagian pelayan, dimana bahagian pelayan terletaknya pengkalan data.
Untuk kemahiran am pula, DBA perlu mempunyai kemahiran seperti kemahiran organisasi yang kuat, kuat memikir logik dan analitikal. DBA juga perlu mengambil kira kemahiran berpasukan. Keyakinan untuk bercakap dengan ahli pasukan penting kerana DBA banyak berinteraksi dengan anak-anak buahnya.
Tambahan, sijil kemahiran berkaitan sistem pengkalan data juga dapat membantu DBA memdapatkan kerja di sesebuah organisasi. Contoh sijil berkaitan pengkalan data adalah Oracle Database 11g Administrator Certified Professional dan MCITP Database Administrator 2008.
Antara tugas-tugas DBA adalah memasang dan menaik taraf pelayan pangkalan data dan alat aplikasi, memperuntukkan penyimpanan sistem dan merancang keperluan simpanan masa depan untuk sistem pangkalan data, memantau dan mengoptimumkan prestasi pangkalan data, merancang untuk 'backup and recovery' maklumat pangkalan data, mendaftarkan pengguna dan menjamin keselamatan sistem dan banyak lagi.
Okay, setakat itu sahaja coretan saya pada kali ini. Harap, coretan ini tidak membosankan anda. Terima kasih... ;)





No comments:
Post a Comment